kisah di atas xderk kene mengena antare yg hidup dan yg mati dan name di atas aq ambik dalam novel yg aq bace.. aq dapat kisah di atas dari sebuah novel yg mak sedare aq kasi... nk bagi tajuk??? mne bley.. haha :D aq bace hingge mengalir air mate... kisah novel ni hampir same ngn citer LAGENDA BUDAK SETAN .... tolong hayati novel di atas walaupun kisahnyer hanya separuh... haha :D
Sunday, December 5, 2010
PEREMPUAN :'(
Air mata ku mengalir.. Perlahan-lahan jatuh ke pipi.."Mimpikah semua ini?" tanya ku pada diri ku sendiri..Amrullah bingkas bangun dari tempat duduk dan mendapatkan aku.. "Kenapa pis? kenapa tiba-tiba menangis? ada berita buruk ke?" soal Amrullah bertalu-talu.. "Dia dah tak ada am, dia dah tinggalkan aku.."jawabku.. "Tinggalkan kau? ke mana?" Amrullahbingung.. "Amsterdam,Belanda.. Ikut parents dia.."jawab ku sambil mengelap air mata di pipi.. "Sabar pis, anggap ini semua ini takdir.. Kita sebagai manusia kena la tabah menghadapinya" pujuk Amrullah.. Aku sendiri tidak mengerti.. Walau sekali pun hendak ke luar negara, mengapa harus memutuskan hubungan dengan ku? kenapa harus menyeksa akal fikiran ku? kenapa harus membuat aku tertanya-tanya? KENAPA?? aku sendiri keliru.. Aku besama denganya sudah lama.. Sejak dari sekolah rendah hingga ke menengah.. tapi kenapa? apa salah aku? tak cukupkah kasih sayang aku curahkan selama ini..? Amrullah kemudianya memujuk aku agar pulang ke rumah.. "sudah la pis, balik lah.. tenangkan fikiran kau dekat rumah.. hari pun dah lewat malam ni.." Amrullah sekali lagi memujuk ku.. Aku tidak berkata sepatah pun, tidak mengangguk dan tidak menggeleng.. Hanya sekadar berdiam diri.. Amrullah kemudianya memanggil pelayan dan menjelaskan bil minuman kami.. "Pis, jom.. Aku hantar kau kat rumah.. Naik motor dengan aku.." Amrullah mempelawa ku.. Aku sekadar mengangguk sahaja.. Sampai sahaja di rumah.. Aku terus masuk ke bilik.. Ibu bapa ku tiada di rumah.. Kakak dan abangku semuanya sudah tinggal berasingan.. Aku duduk seorang diri di bilik.. Aku kemudianya hanya berbaring sahaja di atas katil.. Aku sudah tak hiraukan akaun Facebook ku, Blog dan YM.. akal fikiran ku seperti sudah tertutup.. Yang tinggal hanya perasaan kecewa dan hiba.. "kring,kring,kring!!" handphone ku berbunyi.. tertera nama Muaz di situ.. "Hello! ha, kenapa Muaz?" tanya ku.. "Wei bro, jom la.. lepak luar.. geng-geng semua dah ready, tinggal tunggu kau je" Muaz mengajak ku.. "Sorry bro, aku ak ada mood la, lagipun hari ni penat sikit.. Sorry tak join" balas ku.. "Alamak bro, malam ni malam jumaat, tu pasal awek ramai.. hahaha!! Apa salahnya try sekali sekala.. Ni, Naeem pun ada.. Come on la.." pujuk Muaz.. Aku sekadar tersenyum sahaja.. Muaz kemudianya memanggil Naeem untuk bercakap dengan ku.. "Wassup!! haha it's party man.. jom la join.. Awek ramai ni.. Gugur jantung haha..." terang Naeem.."Sory la guys, next time la.. Aku pun nak tidur dah ni.. K, bye" aku menamatkan perbualan.. Selepas itu, aku pun terus terlelap.. Tiga minggu berlalu.. Fikiran aku kosong.. Nak keluar lepak dengan kawan-kawan, rasa malas.. lagipun aku memang tak ada mood.. Aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku sekarang.. Kecewa ada, marah pun ada.. Tapi nak buat macam mana.. Benda dah jadi.. Aku mengeluarkan sebatang rokok Dunhill.. Sebatang demi sebatang aku hisap.. Sehingga aku terlelap.. Begitulah rutin hairan aku.. Kawan karib ku selainMuaz dan Wan ialah ROKOK.. Hanya dengan rokok sahaja lah aku seperti dapat melepaskan kekecewaan aku.. "trut!! trut!! trut!!" Nada dering SMS berbunyi di handphone ku.. Aisyahmenghantar mesej "Hafiz, kau macam mana? sihat? aku simpati dengan kau.. Dah 2 minggu kau tak datang sekolah, padahal cuti sekolah seminggu je..datanglah.. Kami semua rindu dekat kau" Ayat Aisyah seperti mahu memujuk ku.. Aku sekadar tersenyum sinis sahaja apabila membaca mesej itu.. Keesokan paginya, aku ke sekolah dalam keadaan yang tidak terurus.. Dengan jambang yang penuh, rambut yang tak bersikat, dan tidak memakai tali leher.. Muazorang pertama yang terkejut dengan penampilan aku sekarang.."Wei, apa kau ni? macam kaki botol je aku tengok!!"Muaz menegur ku.. aku sekadar berdiam diri.. Aku mals nak bagitahu kat dorang perkara sebenar hanya Am jeh yang tahu.."Oh My God, apa kena ngan kau ni..??" soalNaeem.. Dan seperti biasa, aku hanya mendiam kan diri.. Aku sebenarnya bukan berniat kurang ajar sebab tak jawab pertanyaan mereka.. tapi aku tak mahu membuka pekung di dada.. aku kalau boleh tak nak sesiapa pun tahu pasal kecewanya hati dan perasaan aku.. Muaz kelihatan bingung apabila melihat keadaan aku.. Naeem tak henti-henti berbisik-bisik di telinga Muaz.. Syera yang tempat duduknya berhampiran dengan ku seperti terpaku melihat aku.. Aku sekadar mampu tersenyum apabila para pelajar lain turut melihat ku dengan pandangan yang semacam.. Mungkin mereka telah tahu akan masalah yang aku hadapi, tapi mungkin mereka tidak menyangka bahawa aku akan berada dalam keadaan yang tidak terurus seperti ini.. Aisyah juga turut seperti yang mereka. Dia merupakan kawan rapat bekas kekasihku.. Jadi, semua perkara tentang masalah aku pasti dia yang akan terlebih dahulu tahu.. "Bangun semua!! Selamat pagi Puan Halimah" Farhan memberi ucap selamat.. Seperti biasa, Puan Halimah akan mengambil kedatangan para pelajarnya.. Akhirnya beliau menegur aku, "ehh Hafiz..? datang kamu hari ni ya.. kenapa lama tak datang? sakit?" soal Puan Halimah.. "Kurang sihat sikit cikgu" jawab ku ringkas.. Aku kemudianya bangun dari tempat duduk dan berjalan ke arah beliau.. "Ini cikgu,surat MC.." aku memberi sampul berwarna biru kepadanya.. "Kenapa awak ni Hafiz? nampak tak terurus je.. Jambang tak cukur, rambut tak bersikat.. Sakit lagi ke?" soal nya lagi.. Aku hanya sekadar tersenyum sinis.. Senyum yang terukir di wajahku itu hanya lah sekadar luaran sahaja.. Itu sahaja yang mampu aku lakukan untuk menyembunyikan kehibaan di hati aku.. Selepas itu, guru matapelajaran saling silih berganti mengikut masa jadual waktu.. "Kring!!!" loceng rehat berbunyi.. Aku tidak ada selera untuk makan, jadi aku mengambil keputusan untuk duduk dalam kelas sahaja.. Farhan,Muaz dan Naeem menghampiri aku.."Kenapa kau ni pis? ada masalah ke?" soal Farhan.."Tah, dari tadi asyik diam,diam, diam je.." RungutNaeem.. "Ceritalah kat kitaorang, manalah tau kitaorang boleh tolong" Muaz cuba memujuk.. Aku tersenyum melihat mereka, aku menghargai keperihatinan mereka.. Tapi, sebak di dada, tak akan ada sorang pun yang akan fahami.."Oklah kalau kau tak sedia nak cerita.. Tapi aku ada satu rancangan best ni.. Nak dengar?" Naeem memberi cadangan.. "Apa dia?"jawab Muaz dan Farhan serentak.. "Apa kata kalau kita tubuhkan satu team.. Team kita ni objektif dia, kasi malu dia punya muka bila kita mintak clash depan-depan kita ni.. Setuju?" terang Naeem.. Aku tersentak dengan cadangan itu.. Aku berfikir sejenak.."patutkah aku mempersetujui penubuhan nie..?"soal ku sendiri.. "Emm bunyi macam menarik, aku pun sebenarnya ada juga dendam dengan bekas-bekas kekasih aku.. Sakit bro!!" jawab Muaz.. Kemudian Farhan mencelah, "aku on je.. Tapi, kena ada prinsip dan peraturan dalam team ni" terangFarhan.. "Aku sokong paan.. Macam ni, prinsip kita (No Women,No Try.. No Love,No Cry) ok tak?"cadang Naeem.. "Hahaha!! Set!!" Muaz ketawa tanda setuju.. Farhan juga turut ketawa tanda setuju.. "Kau pis? setuju tak?" tanya Naeem.. "Bagi aku masa dulu.. Biar aku fikir dulu" jawabku ringkas.. "Apa pis nak fikir-fikir, ok pe cadangan Naeem tu.." celahMuaz.. Aku termenung seketika.. "Hati aku pernah disakiti, apa kata kalau aku sakiti hati orang lain pula kan ? hmm.." kata ku dalam hati.. "So, apa nama team ni?” aku mengajukan soalan.. “Ha!! Macam ni la.. baru happening.. Okay, aku cadangkan, Anti-Perempuan. Okay x?” cadang Muaz.. “Alamak, kuno la.. Apa kata Woman Heart Breaker? Singkatanya WHB.. Amacam?” cadang Naeem.. Aku dan Farhan mengangguk tanda setuju.. “YEAH!!!! Hidup WHB!!”jerit Muaz.. "Tapi apa dendanya kalau gagal patuhi peraturan tu?" tanya ku.. "emm.. kalau gagal.. Kasi belanja makan la 2 minggu.. huhu!!" jawab Naeemdisambut hilai tawa Muaz dan Farhan.. Memang la seronok rasa dapat kenakan orang.. tapi mampu ke aku? Adakah aku akan rasa tak bersalah bila aku memainkan hati insan lain seperti mana hati aku dipermainkan? tak mengapakah aku sanggup lukakan hati insan lain seperti hati aku dilukakan dulu..?? Kenapa harus aku berubah menjadi liar oleh kerana sebab dendam cinta lalu..?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment