Monday, January 31, 2011

JANGAN BODOH SOMBONG -.-'


Allah s.w.t menjadikan manusia ni berbekalkan dua benda iaitu akal dan nafsu. Inilah dua keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada manusia dan bukan kepada makhluk yang lain, tapi kita kena ingat akal yang dikurniakan oleh Allah ini akan rosak jika dipimpin oleh nafsu sebaliknya jika akal memimpin nafsu maka seluruh tubuh kita akan sentiasa sujud dan ingat kepada Allah s.w.t.
Apa yang ingin saya kongsikan ialah bagaimana akal yang satu diciptakan oleh sang pencipta yang esa ini kepada manusia boleh berlainan dari segi fikiran kemahuan dan kehendak. Cuba bayangkan jika kita seorang ketua, cara berfikir kita tak sama seperti anak buah berfikir dan bertindak, begitu juga berbezanya pandangan antara ahli akademik dengan seorang pekebun.
Persoalan yang timbul adalah adakah kita mahu atau cuba untuk berkongsi dan memahami perbezaan ini. Jika kawan kita sakit, ada atau tidak dari kalangan kita cuba untuk sama merasai kesakitan tersebut, atau seseorang yang ditimpa masalah pernahkah kita cuba untuk menyelami segala masalah yang dihadapi olehnya atau sekadar endah tak endah.
Berlainan posisi, kedudukan dan keadaan mungkin menjadi penghalang kepada sesetengah orang tapi perkara ini tidak boleh dijadikan alasan kerana Allah menjadikan manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain.
Kawan-kawan,  kita hanya jangan pandai mengkritik keburukan atau kelalaian orang lain tapi marilah kita cuba merasai kepayahannya dan memberi jalan keluar kepada segala masalah yang dihadapinya. Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka atau senasib dengannya tentu kita mahu orang yang berada disekeliling kita memahami apa yang kita alami dan rasai.
Bukan hanya bercakap dengan kesusahan yang kita hadapi malah membantu dengan sedaya upaya mereka, manalah tahu tiba giliran kita suatu hari nanti ada orang yang berbesar hati menghulurkan tangan sebagai tanda kasih dan sayang sebagai seorang insan yang berhati mulia….  thnks AIMAN EZMIR :)

No comments:

Post a Comment