Bagi aku, performance pagi tadi memang superb gila. Masing-masing menyerang antara satu sama lain. Kalau nak ikutkan ball possession, CHELSEA lebih hebat dari Spurs. Kalau nak ikutkan, CHELSEA boleh menang, tapi peluang yang ada untuk score disia-siakan. Remires yang banyak buat silap depan goal, kalau tak dia dah boleh buat 2 gol untuk pagi tadi. Cerita pasal defend, memang susah aku nak cakap, habis kental dah defend pagi tadi, Man Of The Match aku rasa Captain kita, John Terry. JT lah yang banyak save bola dari masuk ke gol. Kemungkinan besar kita boleh kalah 2-1 kalau JT tak main sebab bola yang Adebayor shoot melepasi Petr Cech. Selamat JT ada.
Pagi tadi, 2 player kita terpaksa keluar padang akibat kecederaan, Mikel hanya sempat bermain selama 40 minit aku rasa akibat kekejangan otot dan terpaksa keluar. Mikel ditukarkan dengan player muda kita Oriol Romeu. Ivanovic pun sama terpaksa keluar padang akibat kecederaan. Ivanovic ditukarkan dengan Ferreira. Penampilan pertama Ferreira dalam EPL season ini.
Pasal Torres pagi tadi. Torres sempat main tetapi hanya 10 minit terakhir. Bagi aku 10 minit terakhir susah nak bagi impak besar dari Torres terhadap perlawanan. Dia dah la selalu disimpan di bench, apa yang diharapkan ialah Drogba. Berkenaan dengan gol pula, gol Spurs datang dari Bale, Bale melakukan set piece dan tepat kepada Adebayor yang menyondol bola menewaskan Cech untuk gol petama tuan rumah pada minit ke 8. 15 minit kemudian, kita menyamakan kedudukan hasil daripada top scorer kita, Daniel Sturridge. Ashley Cole membuat satu cross yang lemah dan disudahkan oleh Sturridge untuk menewaskan penjaga gol Spurs, Brad Friedel.
Sekarang bilangan mata kita dah makin jauh. Dengan ManCity 11 mata, ManU 9, 2 mata dengan Spurs dan berkongsi mata dengan Arsenal. Tunggu Isnin pula, CHELSEA vs Fulham di Stamford Bridge pada pukul 9 malam. KEEP THE BLUE FLAG FLYING HIGH. assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment