Saturday, June 8, 2013

Full Time : Chelsea 2-1 Everton

Dalam game ni, game terakhir untuk Rafa dan Moyes. Rafa kemungkinan akan ke Napoli dan Moyes akan ke Man United.

Gol pertama dijaringkan oleh pemain terbaik Chelsea musim ini Juan Mata. Mata menyudahkan bola rebound selepas Howard gagal menepis rembatan dari Demba Ba.

7 minit berselang. Penyerang Everton Steven Naismith mengikat kedudukan 1-1.

Kita kena tunggu sampai minit ke 76 untuk melihat Torres score gol kemenangan. Kredit untuk Moses. Hasil tandukan Moses ke Torres. Torres score gol kedua untuk Chelsea sekaligus Chelsea kekal tempat ke 3 dalam liga. Dan kita terus layak ke UCL. Musim yang terbaik untuk Torres. Dia dah score 22 gol semua perlawanan sepanjang musim ini.

Pujian juga kepada Nathan Ake. Walaupun badan kecil tapi cara dia main simple and steady. Dia juga memenangi anugerah Chelsea Young Player of The Year

Kepada Rafa Benitez. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak atas jasa kau kepada Chelsea. Maybe ramai fans Chelsea dah maafkan kau. Rafa sudah melaksanakan tugas dengan baik sebagai interim manager. Semoga Rafa berjaya di kelab seterusnya. 

No comments:

Post a Comment