Thursday, August 22, 2013

Full Time : Chelsea 2-1 Aston Villa



Chelsea mendahului 1 gol pada minit ke 6 hasil gol sendiri oleh Luna. Bola tendangan Hazard ditempis oleh Guzan dan terkena badan Luna. Minit terakhir separuh masa pertama Benteke menyamakan kedudukan hasil rembatan kaki kiri.

Separuh masa kedua Chelsea hanya control ball. Cuma ada beberapa percubaan tepat ke arah gol Villa. Minit ke 72 Ivanovic mencatat kemenangan untuk Chelsea dan terus berada di tangga ke atas liga. Hasil sepakan percuma Super Frankie yang ditanduk terus ke dalam gol oleh Ivanovic dan menghasilkan kemenangan kedua buat Jose.

Perlawanan seterusnya kita tertumpu ke Old Trafford isnin depan.

Full Time : Chelsea 2-0 Hull City




Kemenangan pertama buat JM dan skuad Chelsea. Oscar membuka tirai gol untuk Chelsea hasil umpanan dari KDB. Credit juga untuk Hazard. Gol kedua hasil sepakan percuma 30 yard dari Super Frankie. Kita boleh menghasilkan lagi 2 gol daripada penalti dari Super Frankie dan tandukan dari Ivanovic. Tetapi hasil daripada kecekapan gol keeper Hull yang menempis kedua dua percubaan tersebut. 

Tandukan dari Ivanovic tidak dikira masuk. Itulah penting dengan adanya goal line technology. Tiada lagi kontroversi gol lepas ni. Aku suka tengok gandingan KDB, Oscar dan Hazard. Ketiga tiga player ni banyak buat attacking dan shot attempt ke arah gol. Penampilan Torres tak berapa menjadi. Dia banyak bermain sebagai winger bukannya striker. Kemasukan Lukaku selama 15 minit pun sekurang kurangnya ada juga 1 tandukan ke arah gol daripada Torres tak ada langsung. Harap lepas ni tak jadi macam ni lagi. 

Keseluruhan pada first half Chelsea banyak main attacking berbamding second half yang banyak main control ball. Perlawanan seterusnya dengan Aston Villa di Stamford Bridge.

Thursday, August 15, 2013

Malaysia 1-4 Chelsea



 Seperti dijangka Chelsea menang mudah 4-1. Gol pertama dijaringkan oleh Bertrand Traore selepas memanfaatkan hantaran lintang Kevin De Bruyne. Kalau ada sesiapa yang belum tahu, Traore merupakan pemain muda dari negara Burkina Faso. Menyertai Akademi Chelsea dari kelab Perancis, Auxerre pada Ogos 2010.




De Bruyne menjadikan kedudukan 2-0 selepas melakukan tendangan voli menewaskan Farizal Marlias. Malangnya selepas menjaringkan gol cantik itu, dia terpaksa meninggalkan padang kerana cedera & kemudiannya digantikan dengan Islam Feruz.


Lukaku yang menjadi perancang untuk gol pertama Chelsea juga berjaya merobek gawang Malaysia untuk gol ke-3 perlawanan.

Moses melengkapkan kemenangan mudah Chelsea dengan menjaringkan gol ke-4 sebelum Malaysia mendapat gol sagu hati melalui pemain pertahanan, Mohd Fadhli Shas di masa kecederaan.

Satu keputusan yang sudah dijangka. Lawan dengan juara Eropah, konfem la kalah kan. Sudah tahu kalah, sepatutnya FAM aturkan perlawanan persahabatan menentang lawan setaraf seperti Bangladesh, Indonesia atau pun Myanmar. Sila contohi Thailand. Mereka guna pemain import dalam liga untuk lawan Chelsea, itu baru betul. Sampai MU pun kalah. Rajagopal cakap perlawanan persahabatan lawan chelsea ni sebagai persediaan untuk pusingan kelayan Piala Asia. Sepatutnya persediaan sebegini lawan dengan pasukan setaraf & bukannya dengan kelab eropah yang power. Baru kita dapat tahu tahap mana permainan bola sepak skuad negara. Tahu nak untung je FAM ini. Sudah lah kalah, ranking tak naik2 juga.

Itulah pasukan bola sepak negara kita sekarang. Tiada peningkatan. Dari segi permainan pula pasukan kita tiada identiti.Tak percaya, sila tanya penyokong Singapore, Thailand ataupun Indonesia. Apa kata mereka tentang bola sepak Malaysia. Kalau kau orang cakap masa ini lah kita nak bangkit & bangunkan semula bola sepak Malaysia. Ok teruskan. Aku tetap sokong apa2 yang positif untuk kemajuan bola sepak negara kita. 

Saturday, June 8, 2013

IT'S OFFICIAL! Welcome Back Jose!


JOSE MOURINHO has been confirmed this afternoon as Chelsea Manager signing a four year contract and it's the day most of us have been waiting for. 

The Official Chelsea Website announced the news this afternoon and although there has been plenty of speculation, we had been waiting for this moment. 

Ron Gourlay has stated on the website:
 'I am delighted to welcome Jose back to Chelsea. His continued success, drive and ambition made him the outstanding candidate.
It is our aim to keep the club moving forward to achieve greater success in the future and Jose is our number one choice as we believe he is the right manager to do just that.
He was and remains a hugely popular figure at the club and everyone here looks forward to working with him again.'

We have to wait until 10th June for Jose Mourinho's press conference and I have a feeling that millions around the world will be the same!

Can Jose be an even bigger success this time around? Of course! KTBFFH!







Full Time : Chelsea 2-1 Everton

Dalam game ni, game terakhir untuk Rafa dan Moyes. Rafa kemungkinan akan ke Napoli dan Moyes akan ke Man United.

Gol pertama dijaringkan oleh pemain terbaik Chelsea musim ini Juan Mata. Mata menyudahkan bola rebound selepas Howard gagal menepis rembatan dari Demba Ba.

7 minit berselang. Penyerang Everton Steven Naismith mengikat kedudukan 1-1.

Kita kena tunggu sampai minit ke 76 untuk melihat Torres score gol kemenangan. Kredit untuk Moses. Hasil tandukan Moses ke Torres. Torres score gol kedua untuk Chelsea sekaligus Chelsea kekal tempat ke 3 dalam liga. Dan kita terus layak ke UCL. Musim yang terbaik untuk Torres. Dia dah score 22 gol semua perlawanan sepanjang musim ini.

Pujian juga kepada Nathan Ake. Walaupun badan kecil tapi cara dia main simple and steady. Dia juga memenangi anugerah Chelsea Young Player of The Year

Kepada Rafa Benitez. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak atas jasa kau kepada Chelsea. Maybe ramai fans Chelsea dah maafkan kau. Rafa sudah melaksanakan tugas dengan baik sebagai interim manager. Semoga Rafa berjaya di kelab seterusnya. 

Friday, June 7, 2013

FINAL EUROPA LEAGUES : Chelsea 2-1 Benfica

Sepanjang game ni aku dapat tengok yang Benfica control game. First half memang hambar. Memang susah nak lawan big team tanpa Hazard. Dia kunci pergerakan team kita. Dalam game ni Mata banyak memainkan peranan. Tapi takan nak harapkan dia sorang.


Start second half tempo game jadi laju selepas Torres score gol pertama. Pada masa tu bilangan jaringan Torres sama banyak dengan bilangan jaringan Cardozo dalam UEL. Beberapa minit lepas tu Benfica dapat penalty disebabkan bola terkena tangan Aspilicuetta. Benfica menyamakan kedudukan.


Bak kata RDM "anything can happen in football" keadaan ni sama dengan final UCL dulu.  Pada. Minit minit akhir kia menjaringkan gol kemenangan hasil dari tandukan Ivanovic.


Wisel penamat ditiupkan. Ibanobic menjadi man of the match. Dan trophy pertama untuk Rafa and the team.


Dengar cerita ni game terakhir Rafa dengan Chelsea. Apa apa hal thank you Rafa. We forgive you. Lol

Wednesday, April 24, 2013

Cole and Cahill are back!


Skuad Chelsea telah meningkatkan menjelang perlawanan pertama Liga Europa mereka separuh akhir dengan kembali dari kecederaan Ashley Cole dan Gary Cahill.

Kedua-dua pemain pertahanan berada di pesawat yang meninggalkan London untuk Switzerland pagi ini (Rabu).

Cole telah pulih dari ketegangan hamstring yang dialami dalam perlawanan menentang Manchester United pada 1 April. Cahill menjalani pembedahan lutut kecil pada 30 Mac.

Oscar, yang datang turun di Anfield pada hari Ahad dengan kecederaan paha sedikit, adalah antara 19 yang telah pergi.

Rafael Benitez dan salah satu pemain akan mengulas lebih lanjut kepada media sebelum melatih pasukan di St-Jakob Park stadium Basel lewat hari ini. More info at @chelseafc