Thursday, August 15, 2013

Malaysia 1-4 Chelsea



 Seperti dijangka Chelsea menang mudah 4-1. Gol pertama dijaringkan oleh Bertrand Traore selepas memanfaatkan hantaran lintang Kevin De Bruyne. Kalau ada sesiapa yang belum tahu, Traore merupakan pemain muda dari negara Burkina Faso. Menyertai Akademi Chelsea dari kelab Perancis, Auxerre pada Ogos 2010.




De Bruyne menjadikan kedudukan 2-0 selepas melakukan tendangan voli menewaskan Farizal Marlias. Malangnya selepas menjaringkan gol cantik itu, dia terpaksa meninggalkan padang kerana cedera & kemudiannya digantikan dengan Islam Feruz.


Lukaku yang menjadi perancang untuk gol pertama Chelsea juga berjaya merobek gawang Malaysia untuk gol ke-3 perlawanan.

Moses melengkapkan kemenangan mudah Chelsea dengan menjaringkan gol ke-4 sebelum Malaysia mendapat gol sagu hati melalui pemain pertahanan, Mohd Fadhli Shas di masa kecederaan.

Satu keputusan yang sudah dijangka. Lawan dengan juara Eropah, konfem la kalah kan. Sudah tahu kalah, sepatutnya FAM aturkan perlawanan persahabatan menentang lawan setaraf seperti Bangladesh, Indonesia atau pun Myanmar. Sila contohi Thailand. Mereka guna pemain import dalam liga untuk lawan Chelsea, itu baru betul. Sampai MU pun kalah. Rajagopal cakap perlawanan persahabatan lawan chelsea ni sebagai persediaan untuk pusingan kelayan Piala Asia. Sepatutnya persediaan sebegini lawan dengan pasukan setaraf & bukannya dengan kelab eropah yang power. Baru kita dapat tahu tahap mana permainan bola sepak skuad negara. Tahu nak untung je FAM ini. Sudah lah kalah, ranking tak naik2 juga.

Itulah pasukan bola sepak negara kita sekarang. Tiada peningkatan. Dari segi permainan pula pasukan kita tiada identiti.Tak percaya, sila tanya penyokong Singapore, Thailand ataupun Indonesia. Apa kata mereka tentang bola sepak Malaysia. Kalau kau orang cakap masa ini lah kita nak bangkit & bangunkan semula bola sepak Malaysia. Ok teruskan. Aku tetap sokong apa2 yang positif untuk kemajuan bola sepak negara kita. 

No comments:

Post a Comment