Saturday, January 14, 2012

Full Time : CHELSEA 1-0 Sunderland

Semalam macam mana aku  boleh tertidur time Chelsea tengah main, sedar-sedar bunyi "GOALLLLLL" then terkejut macam nak mati, selamat tak mati lagi. LOL. Okay, Tengah aku tengok semalam, kamera fokus dekat Gary Cahill,


 "Selamat Datang :) "

Gol pertama disumbang oleh Super Frankie hasil daripada "assists akrobatik" menarik dari Torres. Torres hampir menjaringkan gol tetapi bola terkena palang dan disambut oleh Lampard. 



Walaupun menang tetapi secara jujurnya performance malam tuh kurang memuaskan bagi aku. Kita banyak mengsia-siakan peluang terbaik. Chelsea bernasib baik kerana tidak kalah atau drop point. Kalau nak diikutkan Sunderland "boleh" menang semalam tetapi mengsia-siakan peluang keemasan, kalau tak Chelsea dah seri semalam. Yang aku terkejut semalam apabila Essien dah baik dari kecederaan dan perform semalam walaupun dalam 15-20 minit terakhir. Itu dah cukup gembira bagi aku dan Chelsea fan. 


Dengan kemenangan tipis ini, Chelsea masih lagi kekal di tangga ke-4 liga dengan 40 mata. Apa-apa pun congrets Chelsea and AVB. Next match ialah menentang Norwich City di Corrow Road. KTBFFH!



Full Time : CHELSEA 4-0 Portsmoth



Dengan ini, Chelsea telah layak ke pusingan ke-4 Piala FA,  entry ni pendek saja, Remires menjaringkan 2 gol assists dari Torres. 2 gol lagi disumbang oleh Mata dan Super Frankie, selepas ini Chelsea bakal menentang QPR hasil dari undi yang dibuat. Dengar cerita pengurus QPR telah dipecat kerana ada perselisihan faham dengan Tony Fernandes. Apa boleh buat, lumrah bola sepak.

*Sejak beberapa hari ni, aku jarang buka lappy, then kerja sekolah pula banyak, maklumlah SPM Candidates 2012. Insyaallah kalau ada masa yang terluang akan aku updatekan. Assalamualaikum! KTBFFH!

Monday, January 2, 2012

Full Time : Wolves 1-2 CHELSEA


akhirnya! menang juga Chelsea dari 4 perlawanan lepas, seri, seri, seri, kalah dan sekarang menang. Gelisah habis bila Wolves menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir. Apa-apa pun terima kasih dekat Super Frankie kerana score goal kemenangan. Gol Super Frank punca dari Torres, kalau Torres tak ada masa tu, Cole tak dapat nak buat cross ke Super Frank. Gol pertama disumbang oleh adik Remires. Gol Remires datangnya dari corner kick Mata.

sambutan ketika Remires buat gol

Kemenangan pertama kita pada tahun 2012. Harap terus kekal ke habis musim. Bagi aku title race masih belum berakhir selagi kita kekalkan momentum seperti ini. Tahniah Chelsea untuk game ni. Lepas ini, Portsmouth akan bertandang ke Stamford Bridge untuk perlawanan FA CUP pada 8 Jan ini. 

Monday, December 26, 2011

Full Time : CHELSEA 1-1 Fulham


3 minggu seri, 3 miggu drop point. Lagi sekali kita mencatat keputusan yang mengecewakan dalam derby London minggu ini. Rasanya dengan ini aku menisytiharkan perjuangan meraih gerlaran liga sudah berakhir untuk CHELSEA. maybe. Lebih baik kita fokus kepadan UCL and FA cup. Sudah jauhhhh sangat kita tertinggal dalam kempen liga. Mungkin title race hanya 3 penjuru iaitu sama ada ManCity, ManU atau Spurs. Dan bukan CHELSEA. Kita kerap kali tercicir mata dan tidak konsisten. Dengan keadaan sekarang ini, ada baiknya kita fokuskan benda yang lebih realistik. Nak harapkan pasukan lain cicir mata, tapi kita yang asyik cicir mata.

Dari segi persembahan, memang mendatar. Peluang yang banyak tapi macam biasa disia-siakan. Bosingwa sangat menghampakan kali ni. Aku mengharapkan cross dan deliver pass dari dia, tapi tak cukup efektif. Bahagian tengah tidak berfungsi tanpa Remires. Lampard....... memang patut pon kau keluar awal. Torres? Torres perfom bagus, jadi aku tak boleh nak kutuk dia. Torres ada buat set-up kepada team mates dan nyaris-nyaris juga nak score gol namun sayang, keeper lawan sangat cekap, menafikan pelbagai percubaan bahaya dari player kita. Jangan lupa, gola Mata assist dari Torres.

ni sahaja yang dapat diulas. Hope Chelsea lepas nih perform lebih berbisa dari biasa. Keep The Blue Flag Flying High! assalamualaikum :)





Thursday, December 22, 2011

Full Time : Tottenham 1-1 CHELSEA


Again, kita seri lagi dengan Spurs. Walaubagaimanapun, keputusan seri dengan Spurs tak seburuk disangkakan. Macam sebelum ni, bukan senang nak kalahkan Spurs di White Hart Lane. Top club pun macam Arsenal dan Liverpol pun kalah dengan Spurs di WHL kecuali ManCity je yang mampu menang dengan Spurs.


Bagi aku, performance pagi tadi memang superb gila. Masing-masing menyerang antara satu sama lain. Kalau nak ikutkan ball possession, CHELSEA lebih hebat dari Spurs. Kalau nak ikutkan, CHELSEA boleh menang, tapi peluang yang ada untuk score disia-siakan. Remires yang banyak buat silap depan goal, kalau tak dia dah boleh buat 2 gol untuk pagi tadi. Cerita pasal defend, memang susah aku nak cakap, habis kental dah defend pagi tadi, Man Of The Match aku rasa Captain kita, John Terry. JT lah yang banyak save bola dari masuk ke gol. Kemungkinan besar kita boleh kalah 2-1 kalau JT tak main sebab bola yang Adebayor shoot melepasi Petr Cech. Selamat JT ada. 


Pagi tadi, 2 player kita terpaksa keluar padang akibat kecederaan, Mikel hanya sempat bermain selama 40 minit aku rasa akibat kekejangan otot dan terpaksa keluar. Mikel ditukarkan dengan player muda kita Oriol Romeu. Ivanovic pun sama terpaksa keluar padang akibat kecederaan. Ivanovic ditukarkan dengan Ferreira. Penampilan pertama Ferreira dalam EPL season ini.

Pasal Torres pagi tadi. Torres sempat main tetapi hanya 10 minit terakhir. Bagi aku 10 minit terakhir susah nak bagi impak besar dari Torres terhadap perlawanan. Dia dah la selalu disimpan di bench, apa yang diharapkan ialah Drogba. Berkenaan dengan gol pula, gol Spurs datang dari Bale, Bale melakukan set piece dan tepat kepada Adebayor yang menyondol bola menewaskan Cech untuk gol petama tuan rumah pada minit ke 8. 15 minit kemudian, kita menyamakan kedudukan hasil daripada top scorer kita, Daniel Sturridge. Ashley Cole membuat satu cross yang lemah dan disudahkan oleh Sturridge untuk menewaskan penjaga gol Spurs, Brad Friedel.

Sekarang bilangan mata kita dah makin jauh. Dengan ManCity 11 mata, ManU 9, 2 mata dengan Spurs dan berkongsi mata dengan Arsenal. Tunggu Isnin pula, CHELSEA vs Fulham di Stamford Bridge pada pukul 9 malam. KEEP THE BLUE FLAG FLYING HIGH. assalamualaikum :)

Monday, December 19, 2011

The Abramovich Era 2003-2011

Hello guys! To all Chelsea Fan watch this Superb Video    Production.

Part 1




Part 2




Part 3




Part 4




This is the history by Chelsea TV

THANKS FOR WATCHING! ^_^

Thursday, December 15, 2011

TORRES akan DIJUAL? it's fake


berita baru-baru nih telah mengejutkan chelsea fan bahawa penyerang termahal Chelsea, Fernando Torres akan dijual dengan harga 20 juta. Ini hanya satu pressure yang dibuat oleh media England terhadap AVB, tetapi kebijaksanaan AVB sebagai coach, " AVB has come out and rejected claims made by the media the other night that Chelsea were prepared to listen to offers of around £20m for Fernando Torres. " 
He said:
"It's not true, he is not available at any price.

Everybody wants to be involved all the time but Fernando is pushing for a place with Didier Drogba. Didier is on a good run at the moment but I am sure when Fernando is called up he will respond with the quality and talent he has. The question of when we will see him back; sooner or later, we don't know. We have to make the best decisions for the team.

There was a period earlier this season when both Fernando and Didier were not available through suspension. Fernando first, then Didier after. We still had plenty of selection and players available. We had Lukaku, Sturridge and Anelka.

Of course, Anelka will not be available anymore but we have Sturridge, Lukaku and Fernando competing for that place when did will be away."
Pemliki kelab Chelsea, Roman Abrahamovic tidak bodoh untuk menjual El Nino dengan harga murah. Beli mahal-mahal nak jual murah buat apa melainkan ada kelab yang sanggup membeli dengan harga asal. I hope Torres will stay at Stamford Bridge. Keep The Blue Flag Flying High